About

Pengenalan

Pusat Pengajian Taman Islam(TAMAN ISLAM) diasaskan oleh Ustaz Haji Mohd Zawawi Abdullah, Ust Haji Shafei Muda Dan Tuan Guru Haji Suleiman Ashaari dan mula beroperasi sejak tahun 1977.

Alamat kami ialah di Lot 1520 Kg Bakau Tinggi 24000 Kemaman,Terengganu. Jenis silibus & modul pelajaran dalah berasaskan kitab pondok untuk para pelajar berumur dari 7 Tahun hingga 18 Tahun

Setelah lebih 45 tahun beroperasi, banyak prasarana dan peralatan pusat pengajian yang telah usang dan rosak. Ia menjadi lebih teruk apabila pada bulan Januari 2022, kebakaran telah berlaku di Pusat Pengajian Taman Islam Januari lepas yang telah memusnahkan 7 buah rumah secara keseluruhannya. Hanya beberapa barang sahaja yang sempat diselamatkan 😭

Buat masa ini kami dalam proses membaik pulih bangunan-bangunan lama seperti bangunan asrama, rumah guru & dewan belajar untuk kegunaan & keselesaan seluruh warga Pusat Pengajian Taman Islam.

Pecahan dana adalah seperti berikut

🛑 Bangunan sekolah : RM 300k

🛑 Asrama Perempuan : RM 300k

🛑 Asrama Lelaki : RM 300k

🛑 Rumah Guru : RM 500k

🛑 Bilik Penginapan (Ibu Bapa Yang jauh datang untuk menginap) : RM 250k

🛑 Van : RM 150k

🛑 Kos pembelajaran bulanan : RM 50k

Untuk menghubungi pihak Taman Islam, boleh menghubungi Mohd Nakhaie Bin Mohd Nafiah di talian 0179427456 atau email di [email protected].